Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
tarikh keramat buat aku dan family. Allahuakbar...
23.October.2016, 2.15 a.m, Allah ambil Tokmi pulang kepadanya..
maybe you guys tertanya-tanya sape tokmi ni?
she's my one and only grandmother, my soul, my heart, my mom, my dad, my grandfather, my great listener, my partner, my enemy, shes everything to me..
seorang wanita yang cekal, kuat, tabah dengan pelbagai dugaan hidup sepanjang mendewasakan aku dan adik.yang paling hebat, dialah satu-satunya hamba Allah yang menyayangi aku dengan adik sepenuh hati tanpa sedikit kurang pun. Terima kasih Tokmi.
Tokmi prgi tanpa sebarang tanda, tak de langsung. mungkin ada tapi kami tak perasan. every week routine aku dnegan adik, akan ambil tokmi dekat batu caves and bawak dtg rumah melawati ni. but 2 weeks before she died, dia eager gila nk datang sampaikan ada satu hari tu dia call aku 5x just to remind me to pick up her. bukan setakat aku, adik pun dia call smapai dia ckp "tokmi tak kira pukul berapa pun kakak datang ambil jugak, tokmi tunggu" tak de rasa pelik, sb mmg routine dia akan spen weekend kt sini.
21.October.2016
malam jumaat, aku pergi airport to pick up Ibu Noor from Kelantan (adk tokmi)
and dia datang pun sebab nk melawat Pokcik, husband pada arwah Tokcik kami..
1.October 2016, Allah ambil tokcik pulang kerahmatullah.. kami pergi hospital and attend tahlil tokcik berturut-turut. tokmi pun pergi..
after pick up them from airport, tokmi suruh jugak ambil dia malam tu. paling sedih, dia menangis sb nak suruh jugak aku pick up dia on the same day. from airport aku terus ke batu caves and ambil tokmi dengan maksu.
22. October. 2016
Aku dengan adk mmg plan buat day-trip ke kuantan, sebab nk hantar kereta tok ayah. nak di takdirkan sepupu aku bersalin dekat sana, so ibu and tokmi pun ikut day-trip tu.
kami bertolak dari rumah pukul 9. tak breakfast sb nekmah (adk tokmi jga) kebetulan ada kt rumah tok ayah, so dia dh prepare breakfast and so on. tak jauh pun kl-kuantan, but sampai dekat temerloh adk call "kak, nk berhenti kt temerloh jap, tokmi lapar" then aku ckp "laa, kan kt rumah dah ada breakfast" tapi adk ckp tak boleh tokmi lapar kena berhenti jugak, then mmg adk berhenti. (sb aku still dekat belakang, drive kereta lain)
diorang dah habis makan and aku still belum sampai temerloh, adik call utk inform nk gerak dah "kak, awk kt mana? org nk gerak dah ni. kak, awk tau tak tadi tokmi makan banyakkkkkk sgt, dia ambil lauk ikan patin, sayur, banyak la (ni perkara luar biasa, sb tokmi pesakit diabetes dia mmg makan sikit) kebetulan aku dah nk sampai, aku hold diorang. lepas park aku beli pau kacang (fav tokmi) aku pergi dekat diorang sb nk pinpim tokmi masuk kereta. aku sampai dia nampak aku pegang plastic tu, dia tanya apa. aku ckp pau "laa, tokmi baru nk suruh kakak beli tadi" then , tak sampai hati pulak aku bagi. tapi dalam hati duk cakap lagi ni "biar betul tokmi ni bukan tadi baru lepas mkn ke"
sampai dekat rumah tok ayah, kami makan semua yang nekmah dah masak. paling mengejutkan tokmi makan lagi (unexpected) tapi tak pulak aku terfikir apa-apa, aku anggap ouh xpe maybe harini tokmi happy dapat blk rumah ayah dia, jumpa adik2 dia. then otw balik kl pun dia nak jugak bawak bekal lauk-lauk yang nekmah masak, katanya nanti sampai kt rumah boleh makan lagi.
lepas asar, aku gerak balik kl semula. sebelum gerak, aku duduk atas kerusi depan TV, tiba-tiba hati tergerak nk masuk bilik tokmi. aku selak langsir. aku tengok kt atas katil dia semua barang-barang dia bungkus kemas je dan dia tutup katil tu macam dia tak kan guna lagi... Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! tapi tak terfikir ape pun time tu. aku duduk semula depan tv aku tengok tokmi jalan dari dapur, dia round semua dalam rumah tok ayah, dia tgk, dia hayati semua yg ada. aku tak rasa hairan, tak rasa pelik.. tapi tu tanda rupanya kali terakhir dia jejakkan kaki kt rumah ayah dia.
sebelum balik dia sempat salam, peluk, cium tok ayah, nenek, nekmah. dia sempat mintak maaf sungguh-sungguh.. pukul 10.00 mlm aku sampai Kl, tapi terus pergi rumah atok aku yg sorang lagi..actually antara tokcik, tokmi and tok, tok yang paling nazak. yes, dia mmg tgh nazak saat tu. cancer stage 4, and mmg dah tak blh bgn. tapi siapa sangka, org yang kita tak sangka2 pergi dulu. Kuasa Alla, kerja Allah, aturan Allah. sampai rumah tok tante ada beli sate and mee goreng, aku mkn la sikit, tokmi pun makan lagi. BANYAK siap tambah. aku tak fikir ape-ape sb dh malam, dia pun belum mkn mlm. lepas dh tgk tok semua aku pun balik rumah yg selang beberapa langkah je dari rumah tok. (satu taman, jiran)
sampai rumah dalam pukul 11, aku nak mandi then turun bawah tengok tokmi dulu. unbelievable dia makan lagi, makan bekal yang dia bawak dari kuantan. Ya Allah, betapa postivenya aku tak terfikir apa2 pun. aku naik mandi solat semua, aku turun bawah. usually, tak pernah pun aku miss tido dengan tokmi setiap kali dia datang melawati. tapi malam tu, aku tak tau kenapa aku pilih utk tido dlm blk sendiri (never happen) sbelum aku tido, aku turun bawah nk minum air, aku nampak tokmi baru nk masuk toilet mandi (aku rindu, iulah pandangan terakhir yg aku nampak)
dalam pukul 12 lebih, aku tertidur lepas otp. and menurut kata adk, time tu tokmi pun baru lepas solat and ready nk tido.
23.October.2016, 1.40a.m
aku rasa macam baru gilaaa terlelap, tiba2 lampu buka, adk aku jerit-jerit dengan panic kejut "kak, bangun kak, tokmi...tokmi tak boleh nafas!!" Allahurabbi..
aku turun, terjun tangga tak fikir apa dah. aku pergi dlm bilik tgk dia. tangan aku menggigil, badan dan kaki gigil gila-gila tegok tokmi pucat yg teramat sambil tangan pegang dada dia.. aku tak dengar apa-apa, melainkan dia sebut "hospital,hospital" aku terus sarung baju, tudung strat kereta. adik and ibu papah tokmi nk pergi kereta. aku nk tolong aku nk dukung dia, aku pegang kaki dia nk angkat. SEJUK, sangat-sangat and dia tak bg angkat, dia kata sakit.
Dalam kereta kami, seat belakang, dengan bantal yang dia bawak. aku dgn adk bawak dia pergi clinic 24jam paling dekat. sepanjang perjalan, aku tak tahu ape aku bawak, apa aku langgar, aku tau aku nak sampai clinic, selamatkan tokmi. sepanjang perjalanan tokmi tak berhenti sebut Allah, Allah, Allah..
sampai klinic around 2.00 a.m.
GUYS, INI STATEMENT PALING BERANI AKU BAGI.
DON'T you ever go to Clinic Idham taman melawati! the worse clinic ever!!! this is not first time aku terkena, but i need to go there because i don't have any choices. aku nampak je clinic 24 jam, aku berhenti. sampai kt situ adk mintak weal chair, nurse cakap tak ada! adik dah jerit dalam clinic, mintak tolong but they react so SLOW!!! terpinga2! and luckily, ada one guy ni nk jumpa doc, dia datang and ask "you want me to help you?" aku jerit dekat dia "yes, i really need your help! pleaseeeeeee fast!!!"(thank you so much for helping me on that day, unfortunately aku lupa muka dia, nama lagi la tak tahu sb lepas tu everything uncontrolled)
lepas dia carry tokmi masuk dalam, doc nk keluar pun MasyaAllah! lambat! keluar,keluar dia cakap "dik ni tak boleh, kena bawak pergi hospital" doc tu repeat almost 3x. yes!! aku tahu kena bawak pergi hospital, but you should do something first!! at least bg oxygen. you know what, doc bg oxygen, lepas tokmi dah terkulai. NO FUNCTION AT ALL!
actually lepas that guys angkat tokmi masuk dalam, aku menggigil tengah-tengah jalan tak tahu ape nk buat. aku terus call mama (she at tok house, routine weekend dia jaga tok) 5min lepas tu mama sampai. lepas park kereta aku masuk nk tengok tokmi. time tu aku dengan dia sebut Allah, Allah tapi suara tu...... suara dah lain, which is saat sakaratul maut dia dah nak sampai hujun..
wallahi, aku tak fikir tokmi akan pergi, aku just assume dia kena strock.
2.15a.m
saat aku masuk nk duduk dekat tokmi doc cakap " dik, tokmi dah tak de" ALLAHUAKBAR! aku rasa macam mimpi.. mimpi yang teramat sangat. Allahurabbi.. Allahuakbar.. tak! cakap lah, aku tengah mimpi.. aku terkulai atas lantai.. MasyaAllah!!! sekelip mata Allah ambil tokmi.. mudah sangat-sangat dia pergi.. Allah tak seksa dia,Allah tak sakitkan dia, Allah tak uji dia dengan sakit yang tak boleh bangun. tokmi selalu cakap, dia doa biarlah Allah ambil nyawa dia dalam keadaan tak susahkan ank cucu dia. Allah sayang dia, Alah makbulkan doa tokmi. ye, tokmi pergi sekelip mata, berperang dengan sakaratul maut tak sampai satu jam pun. Allah mudah sangat..
aku terkedu, sebab saat dia nak pergi aku tak dapat spend time betul-betul dengan dia. day-trip ke kuantan tu penat, otw balik semua tido, tokmi pun tido. aku drive pergi balik, memang penat. sampai rumah tak banyak sempat cakap dengan dia sb aku dah plan esok nk bawak dia pergi breakfast kt tempat fav dia and baru nk bercerita semua dengan dia. tapi aku tak sempat, Allah dah ambik tokmi dulu.. sumpah! rasa menyesal, aku rasa nk undur semua masa, aku nak cakap dekat dia, aku nk peluk dia, aku nak minta maaf, aku nak cakap terima kasih, aku nak cakap aku sayang dia sangat-sangat. Allah, Allah, Allah..
Alhamdulillah, selesai solat zohor, jenazah di bawa ke tanah perkuburan islam klang gate, taman melawati.. Allahurabbi, sekali lagi aku jatuh tersungkur.. aku tak kuat.. tokmi pergi buat selamanya...
AL-FATIHAH..
kenapa aku nak sangat share? kenapa aku eager sangat nak tulis?
sebab, selama ni kita dengar, mati tak kira usia, masa, waktu, keadaan, harini aku alami.. aku percaya.. ready atau tak kita, tapi bila Allah dah kata, sampai waktunya dalam keadaan ape sekalipun tetap dia ambil. satu iktbar besar bagi aku, yang membuatkan aku selalu fikir masa itu sangat beharga. jangan sia-siakan, sebab mati tak tunggu kita ready. Allah, selagi kita d beri peluang untuk bernafas, janganlah kita lengahkan apa yg Allah suruh, jangan leka, jangan lalai, jangan ambil remeh.
turunnya tokmi dalam liang lahad dengan berbekalkan kain kafan putih yang membalut tubuh dia.. secara fizikal, itu sahaja yang dia bawa, tak de katil, tilam lembut alaskan bantal, NO! tiada. membuatkan aku tersedar lagi sekali, sejauh mana aku kejar dunia, bila sampai masa aku akan tinggalkan semuanya.. tapi, insyaAllah, aku yakin tokmi pergi dengan segala bekal yang dia simpan dan doa dari anak dan cucunya yg soleh dan solehah. Ameen.. semoga tokmi d tempatkan di kalangan orang yang beriman.. al-fatihah..
TOKMI,
you such a great mother to your son,daughter, great grandma to me, adk, qistina and baby, and you are awesome mother to your one and only special daughter, maksu. (down syndrome) we love you so much, damailah tokmi di sana.
genap 17 hari tokmi pergi, 10 November 2016. 1.17 a.m Allah ambil tok pula menyusul. siapa tahu aturan Allah, seksa yang di tanggung selesai saat hembusnya nafas tok yang terakhir.. tok kawan dengan tokmi, kubur pun dekat 1085 tokmi, 1086 tok.. Al-fatihah..
nukilan,
cucu yg merinduimu

No comments:
Post a Comment