kalau seorang ayah itu tahu anak itu pembawa rezeki...
PASTI mereka akan menjaga amanah Allah dengan sebaik mungkin..
ANAK.
anak itu merujuk pada diri kita sendiri..
sebagai anak, kita punyai tanggungjawab yg amat besar kepada kedua orang tua kita..
menghormati, menjaga nama baik mereka, menyayangi mereka.. yes, that's part of our responsibility.
cuba kita duduk dan berfikir sejenak.. selama kita hidup.. apa yang kita buat untuk mereka?
Allah.. banyaknya kurang diri ini.. terlalu banyak masa yang di habiskan dengan sia-sia..
papa selalu pesan.. "kalau sayang papa, tak nak papa masuk neraka.. kakak dengan adik tolong pelihara aurat sebaik mungkin. patuh dengan suruhan Allah..tinggalkan segala larangan Allah.."
lagi berat.. bila seorang ayah mengamanahkan kita untuk menjaga adik2..
"kakak tolong jaga adik, tegur adik" Allah.. itu pun kita dah rasa berat, macam mana ayah yang tanggung dosa kita ni? sama-sama kita renungkan..
tugas kita sebagai anak juga adalah untuk membahagiakan ibu dan ayah kita..
mereka tak minta semua pun dari duit gaji kita, mereka tak minta pun tinggal kat rumah besar kita..
mereka tak mintak pun bagi mereka 10ribu sebulan.. TAK! hanya satu yang mereka minta...
"kakak, adik, abang.. belajar rajin-rain yea.. belajar sampai berjaya"
SIMPLE as that. but, what we have done? renungkan..
terkadang benda ni selalu di salah tafsirkan..
"aku tak dapat 4 flat. tak DL. tak dapat straight A. aku gagal buat mak ayah aku gembira.."
tanya diri kita, tak dapat semua tu kita di kira gagal ke? itu semua atas kertas.
Allah jadikan manusia sebaik-baik ciptaan. Allah kurniakan kita akal fikiran. tak semestinya tak berjaya atas kertas kita gagal dalam kehidupan..
ada jea mereka yang belajar tahfiz, belajar al-quran, yang belajar sampai SPM je BERJAYA harini.
semuanya terletak pada diri sendiri. jom kita fahami balik apa itu tanggungjawab seorang anak,
IBU & AYAH.
Allah.. mereka adalah anugerah yang paling bermakna, paling penting dalam kehidupan kita..
tanpa mereka.. kita tak dapat tengok dunia ciptaan Allah pada saat ini...
bukan senang nak jadi ibu dan ayah, lagi-lagi segala amanah tertanggung di bahunya..
Alhamdulillah.. syukur jika kita dapat ibu dan ayah yang amat kasih, sayang pada kita..
TAPI.. macam mana dengan rakan kita yang tak diterima oleh ibu dan ayah mereka?
Allah.. sedih.. sangat sedih.. Anak tukan anugerah. MasyaAllah, minta jauh pada kita semua..
wahai ayah dan ibu.. ketahuilah.. anak-anak inilah yang akan memandikan dirimu saat kau mati kelak..anak-anak inilah yang akan mengusungmu ke liang lahad.. anak-anak inilah yang akan mandikan mu saat kau tiada nanti..
MasyaAllah.. hebatnya ciptaan Allah itu..jadi.. kenapa harus di abaikan anak itu..
kenapa perlu tinggalkan mereka demi mengecapi kejayaan..
lupakah kamu bahawa Allah berfirman.. 3 perkara yang membawa kepada bekalan berterusan..
1) doa anak yang soleh/solehah
2)sedekah jariah
3) ilmu yang bermanfaat.
jadi.. kenapa abaikan anak itu??
aku respect manusia yang hatinya kental.. hatinya tabah.. hatinya kuat..
saat di abaikan oleh ibu.. mereka masih mampu bangkit.. mampu berdiri dan meraih kejayaan. Allah.. hebat wahai dirimu kawan..
jangan kita lupa.. Allah itu maha adil, sayangilah anak-anak dengan penuh kasih dan sayang.. jangan kita lupa.. setiap yang Allah jadikan adalah sebaik-baik kejadian..
mungkin.. anak yang kita abaikan ini yang sentiasa mendoakanMu dalam diam..
sebagai ibu dan ayah.. perhatikanlah anak-anak kita.. selami hati mereka..
sepertia mana yang kita harapkan dari mereka, sebegitulah harapan mereka buat kita..
bukan kemewahan yang berlimpah ruah mereka harapkan.. TAPI kasih dan sayang ibu dan ayah itu yang mereka PERLUKAN..
sayangi anak-anak kita.. binalah keluarga yang bahagia, hargai sesama sendiri..
InsyaAllah.. rahmat Allah sentiasa mengiringi...
nukilah., seorang anak :)


No comments:
Post a Comment